Polisi Insurans

Dengan pelaksanaan e-perlindungan dalam tahun 2005, syarikat insurans akan menghantar maklumat berhubung motor insurans secara eletronik ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan anda akan menerima slip pengesahan daripada syarikat insurans atau ejen anda sebagai bukti pembelian. Sejurus itu, dalam tempoh sebulan, anda akan menerima:

• jadual yang menunjukkan nama dan alamat anda, butir-butir kenderaan, jumlah diinsuranskan (bagi polisi komprehensif serta polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian), tempoh insurans, nombor polisi, kelayakan NCD, pengiraan premium, ekses dan pemandu-pemandu yang dinamakan;

• sijil insurans yang menunjukkan nama anda, model kenderaan, nombor pendaftaran dan kapasiti enjin, tempoh insurans, pemandu-pemandu yang dinamakan dan had penggunaan. Dalam sesetengah kes, sijil insurans mungkin dikeluarkan semasa pembelian polisi insurans sebagai ganti kepada nota perlindungan; dan

• polisi motor yang menunjukkan terma dan syarat perlindungan yang dikenakan oleh syarikat insurans.

Sekiranya anda tidak menerima polisi dalam masa sebulan, anda perlu memeriksa dengan syarikat insurans anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *